Sunday, October 24, 2010

TEMPAT PELANCONGAN DI PAHANG

Salah satu Pulau yang tercantik di Malaysia, anda boleh lawati ialah di Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang. Airnya jenih boleh mempesonakan sesiapa sahaja yang memandangnya. Percutian anda memang tidak sia-sia kerana anda dapat merasai alam semulajadi yang bebas dari pencemaran. Anda boleh lihat gambar yang sempat saya rakamkan semasa berkunjung ke Pulau Tioman 

TEMPAT PELANCONGAN DI CAMERON HIGHLANDS

Honey Bee Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.

TEMPAT PELANCONGAN DI LANGKAWI

Pekan Kuah
Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.

TEMPAT PELANCONGAN DI TELUK INTAN PERAK

Daripada kajian saya di internet ramai rakyat Malaysia masih tercari-cari Destinasi Pelancongan di Malaysia dan tempat-tempat menarik di Malaysia. Ini terbukti menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi kurang pengetahuan mengenai destinasi pelancongan di Malaysia. Tidak menghairankan juga ada sesetengah masyarakat di negeri-negeri yang mereka tinggal juga tidak mengetahui tempat-tempat menarik di tempat mereka sendiri.  Destinasi Pelancongan di Malaysia semakin hari semakin mendapat nama di mata dunia. Banyak tempat-tempat menarik yang gemar dikunjungi pelancong di seluruh dunia. Antaranya ialah melihat alam semulajadi hutan, sungai, laut dan tempat bersejarah. Destinasi Pelancongan di Malaysia sememangnya terkenal dari utara, timur, barat, Sabah dan Sarawak. Negara kita juga kaya dengan kepelbagaian fauna dan flora. Jadi tidak hairanlah banyak Taman Botani yang terdapat di Malaysia. Sektor Agro-pelancongan juga semakin hari semakin menguntungkan ramai pengusaha resort, chalet dan sebagainya. Agensi Pelancongan juga mula menjadi tumpuan kerana memberi tawaran yang menarik. Anda bebas ke mana sahaja dengan menaiki kapal terbang kerana tiketnya juga tidak mahal jika kena waktunya.

TEMPAT PELANCONGAN DI KUALA TERENGGANU

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau TEMPATlain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian KecilPulau Bidong. dan
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.